Wednesday 30 April 2008

Battle of the Bulge- Veteran Category

Let us continue with this battle. What are the waist sizes of these gentlemen? Who are they? Don't worry, the identity of these and the previous 'bulge' heroes will soon be revealed!!!

I have decided to extend the contestants further in this 'veteran' category (not just limiting to two), so as to make the guessing more exciting and challenging as well !!!!!!!!






- Pamit/Puda -

Monday 28 April 2008

Battle of the Bulge

These two shots were taken by Jerrinaldo recently at a family gathering at my house in Jerudong. I want you to focus on those bulges and let me know who they are ???



Wednesday 23 April 2008

Bush's Quote for Wednesday

"THE LAST TWO YEARS, THE AMERICAN PEOPLE HAVE COME TO KNOW ME. THEY KNOW MY BLUNT WAY OF SPEAKING."

George W. Bush, falling into a time warp. Daytona Beach, Florida, 
October 16, 2004.

He took office in 2001 - and made the above statement three and a half years later.

Monday 21 April 2008

Snapshots of the Day - Portraits by Dani







Lakaran wajah diilhamkan oleh Dani menerusi viewfinder Canon EOS 40D. Masih terdapat banyak kekurangan tetapi proses pembelajaran diteruskan.........................................................

- Pamit/Puda -

Saturday 19 April 2008

Cabaran Abad Era Kreasi

Prof. Dr. Abdullah Hassan menerima anugerah Tokoh MABBIM beliau

Saya menyebut "era kreasi" di dalam laman blog saya yang lepas. Rangkaian kata ini menarik perhatian saya apabila ianya ditimbulkan oleh rakan saya yang sama-sama aktif dalam kegiatan MABBIM, iaitu Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan dari Malaysia yang membentangkan kertas kerja beliau di dalam Seminar Bahasa yang bertajuk 'Bahasa Melayu dan Cabaran Kemunculan Era Kreasi Abad Ke-21' sempena Sidang MABBIM di Jakarta baru-baru ini. (Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan juga adalah penerima anugerah Tokoh MABBIM 2008).

Antara lain beliau menulis:

"Ahli-ahli strategi Jepun meramalkan Era Maklumat akan tamat pada awal abad ke-21 dan tempatnya digantikan oleh Era Kreasi (Age of Creation), bukti-bukti kemunculan era baru itu sudah pun wujud pada masa ini. Apabila ramalan ini benar, bermakna pada tahun 2020 nanti, Era Maklumat sudah berlalu manakala Era Kreasi sudah mapan (established). Di saat-saat majoriti bangsa Melayu sedang terkial-kial memahami dan menyesuaikan diri dengan Era Maklumat, Jepun sudah siap dengan strategi bagi mencipta dan menghadapi Era Kreasi. Bangsa Melayu perlu menubuhkan sekumpulan ahli-ahli strategi yang memiliki mentaliti Jepun di mana "merancang bukan sekadar untuk hari esok, tetapi juga untuk hari selepas esok."

Industri maklumat sebenarnya tidak mencipta maklumat. Ia mencipta cara-cara dan peralatan-peralatan yang membolehkan maklumat dihantar dan disebarkan dengan pantas. Meskipun industri maklumat tidak mencipta maklumat, tetapi penghantaran dan penyebaran maklumat membolehkan penggunaan maklumat meningkat dengan banyaknya dan dengan itu ia membantu menaikkan produktiviti. Aktiviti utama dalam industri maklumat ialah pengurusan maklumat.  Pada peringkat masyarakat, era maklumat mencipta masyarakat maklumat.

Dalam Era Kreasi nanti, aktiviti kreasi akan mendapat peranan-peranan dan nilai-nilai baru sama sekali. Tumpuan akan diberikan kepada kreativiti, sebagaimana yang belum pernah disaksikan sebelumnya.  Di dalam bidang industri umpamanya, syarikat-syarikat tidak lagi mengurus maklumat. Sebaliknya, syarikat-syarikat akan hanya mengurus maklumat-maklumat yang berorientasikan kreasi, atau istilah yang sudah dicipta baginya "creagement." Dalam abad ke-21, pengurusan akan difokuskan kepada pemerangsangan motivasi individu untuk merealisasikan potensi kreatifnya secara optima, supaya dengan itu dia akan meningkatkan penghasilan output kreatif pada peringkat organisasi.

Untuk merangsang kreativiti manusia Jepun, negara itu sudah mengenal pasti beberapa strategi. Antara pelbagai strategi itu ialah mencipta sistem-sistem komputer yang berfungsi sebagai pembantu kepada pemikiran kreatif tenaga kerja negara itu. Di dalam era maklumat, komputer membantu kita untuk mendapatkan, menghantar dan menyebarkan maklumat. Di dalam Era Kreasi, komputer membantu aktiviti berfikir untuk berkreasi. Bayangkan keadaan ini: seorang jurutera, yang baru bekerja selama satu tahun di dalam sebuah organisasi Jepun, sudah bekerja seolah-olah beliau memiliki pengetahuan, pengalaman dan kepakaran seorang veteran sepuluh tahun. Inilah gambaran pekerja Jepun dalam Era Kreasi.

Pada masa ini tugas mencipta idea-idea baru hanya dapat dibuat oleh otak manusia. Jurutera-jurutera Jepun hari ini sedang tekun mencipta sistem-sistem komputer yang mampu menolong keupayaan otak manusia Jepun untuk mencipta pelbagai idea baru dengan lebih cepat, lebih banyak dan lebih bermutu. Dalam era maklumat manusia bergantung kepada komputer. Dalam Era Kreasi, manusia akan bergantung kepada sistem bantuan berfikir yang disebut "konseptor". Nama konseptor datang daripada kefahaman bahawa suatu idea adalah suatu konsep. Sistem konseptor mengandungi pengkalan data berkenaan semua pengetahuan, know-how, idea-idea setiap pakar teknikal, proses-proses yang dilakukan pada pembangunan produk-produk baru, maklumat berkenaan semua ujikaji yang pernah gagal, serta maklumat-maklumat teknikal terbaru, semuanya tersimpan dalam bentuk teks. Sebagaimana robotiks dan automasi mengurangkan penggunaan tenaga manusia di dalam kilang, sistem konseptor akan mengurangkan tenaga manusia dalam aktiviti kreasi idea di jabatan pembangunan produk. Dengan bantuan sistem ini seorang jurutera amatur di Jepun akan dapat berfikir dan bekerja secekap seorang veteran. Kerja-kerja pembangunan sistem ini sudah dimulakan oleh korporat-korporat Jepun sebagai salah satu strategi utama negara itu menjelang Era Kreasi abad ke-21.

Buat sekian lamanya Barat menjadi pencipta konsep-konsep dan produk-produk untuk seluruh dunia. Negara Jepun telah berjaya meniru konsep-konsep dan produk-produk Barat dengan kepantasan yang luar biasa sehingga pada hari ini Jepun tidak tahu apa yang hendak ditiru lagi dari Barat. Ini memaksa Jepun untuk menjadi pencipta konsep-konsep dan produk-produk baru untuk seluruh dunia. Jadi Jepun terpaksa mencipta bidang-bidang baru sama sekali untuk menghasilkan perniagaan-perniagaan baru, sistem-sistem baru dan produk-produk baru. Situasi begini menekan Jepun untuk memberi fokus kepada proses-proses kreasi yang menjadi komponen utama di dalam usaha itu kerana negara itu bertekad untuk menjadi pemimpin Era Kreasi. 

Pakar-pakar strategi Jepun telah mengenal pasti pelbagai strategi untuk meningkatkan daya kreasi bangsa Jepun, khususnya di kalangan tenaga kerja negara itu. Antara strategi itu ialah mencipta teori-teori dan teknik-teknik mencipta kemunculan syarikat-syarikat yang intens kreasi, menjalankan program pendidikan kreasi bagi seluruh tenaga kerja, memberi lebih banyak kebebasan kepada mereka, merombak amalan pengurusan di Jepun hari ini, mendorong keberanian mencuba dan melakukan kesilapan, meningkatkan toleransi ke atas kegagalan, tidak menggalakkan campur tangan pengurusan ke atas perjalanan projek-projek kreasi, menghormati suara-suara sumbang, memberi tempat kepada manusia maverik, meleperkan lagi struktur organisasi, menurunkan lebih banyak kuasa kepada pekerja muda, melantik lebih banyak pengurus muda, memberi ganjaran kepada usaha individu, dan banyak lagi.   


- Pamit/Puda - 



  

Friday 18 April 2008

Menjelang Era Kreasi - Mendapatkan 'gadget' baru!!




Nampak masing-masing punya 'gadget' yang canggih dan tidak mahu ketinggalan dengan trend masa kini. Physicsbatu dan Jester dengan iPod Touch mereka, Jobe dengan iPod Classicnya, Bu Dayang Mahyon dengan MacBook Airnya (nipis, nipis !!!), Kyzr dengan Nikon DX40 nya, Bung Taufik dengan Canon EOS 400D nya........ senarai ini tidak ada penghujungnya.....

Maka di Jerudong pun mengalu-alukan kehadiran Canon EOS 40D - keluaran terbaru (penghujung 2007) kamera SLR digital dari Canon. Mula-mula kan di target Nikon D300, tapi inda sanggup, terlalu mahal dan featuresnya terlalu kompleks bagi seorang amatur dan beginner. Ada beberapa justifikasi penyebab kehadiran kamera ini. Kononnya, si Dannie kan menjadi ahli Kelab Fotografi di sekolahnya dan memerlukan sebuah kamera digital yang boleh diharap. (Agak longgar sedikit justifikasi ini!) Kita perlu produk foto yang lebih mantap untuk dipamerkan di ruang blog ini. Ini lebih logik sedikit, kerana blog ini berada di public domain, dan keterampilannya perlu dipastikan bermutu dan menarik perhatian ramai. Justifikasi yang lebih mapan dan kuat ialah bahawa kita sekarang sudah melewati era ICT (Teknologi Info-komunikasi) dan sudah mula melangkah ke era kreasi (era of creation) dan ini memerlukan minda yang lebih kreatif dan innovatif. Untuk membantu menjana kreativiti dan keinnovatifan, maka kita memerlukan 'gadget' yang lebih canggih dan mempunyai 'features' yang membantu penggunanya melahirkan hasil yang lebih kreatif dan penuh ilham. (Banar kah tu???)


- Pamit/Puda -

Thursday 17 April 2008

Penutupan Sidang Ke-47 Eksekutif MABBIM - 11 April 2008




Setelah bersidang selama tiga hari mulai 9hb April 2008, maka sidang (mesyuarat) eksekutif MABBIM telah sempurna dirumuskan pada hari Jumaat, 11 April 2008 dengan beberapa keputusan umum disepakati oleh ketiga-tiga negara anggota. Keputusan Umum telah ditanda tangani oleh ketua perwakilan setiap negara anggota iaitu Dr. Haji Dendy Sugono (Kepala Pusat Bahasa, Republik Indonesia), Dato Dr. Firdaus Abdullah (Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia) dan Dr. Mataim Bakar (Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam).

Sidang juga bersetuju untuk mengadakan Sidang Ke-48 Eksekutif MABBIM di Negara Brunei Darussalam pada bulan Mac 2009 yang mana juga akan diselajurkan dengan pengungkayahan Seminar Bahasa selama dua hari dan juga Sidang Ke-22 Pakar Pengembangaan Ilmu juga selama dua hari.

Rombongan Brunei Darussalam telah kembali pulang ke Brunei Darussalam pada 12hb April 2008 dan seterusnya akan membuat persiapan bagi menjadi tuan rumah bagi Sidang MABBIM pada tahun hadapan.


- Pamit/Puda -


Wednesday 9 April 2008

Jamuan Makan Malam dan Pentas Seni







Setelah Peresmian Sidang dan Seminar MABBIM-MASTERA disempurnakan pada hari Isnin, 7 April 2008, satu Jamuan Makan Malam dan Pentas Seni telah diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Restoran Hotel Borobudur. Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Nasional Indonesia, Bapak Prof. Dr. Bambang Sudibyo, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam, YB Pehin Orang Kaya Seri Dewa Dato Seri Pahlawan Major-Jeneral (Bersara) Haji Mohammad bin Haji Daud dan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Acara menarik di malam tersebut ialah persembahan nyanyian daripada Bapak Menteri Pendidikan Nasional Indonesia dan diikuti dengan persembahan nyanyian daripada Pehin Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam yang mendendangkan lagu Fatwa Pujangga dalam irama keroncong. YB Timbalan Menteri Pelajaran Malayisa pula mendeklamasikan sebuah sajak karya penyair teragung Indonesia, Chairil Anwar.

Turut menyumbangkan suara ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam, Dr Mataim Bakar dan Ketua Pusat Bahasa Republik Indonesia, Dr Dendy Sugono. Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dato Dr. Firdaus Abdullah telah mendeklamasikan sajak gubahan beliau sendiri.

Demikian kemeriahan malam ini sempena sambutan ulangtahun ke 35 penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Malaysia-Indonesia (MABBIM).

Salam hormat dari kota Jakarta......

- Pamit/Puda  - 

Tuesday 8 April 2008

Sidang MABBIM dan MASTERA - Jakarta, Indonesia





Mohon maaf, hampir dua minggu blog ini tidak dikemas kinikan. Sejak beberapa minggu lalu, saya agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja meneliti bahan-bahan yang akan dibawa ke dalam Sidang MABBIM yang akan berlangsung di Jakarta mulai 7 hingga 11 haribulan April ini. Dengan demikian waktu yang terluang begitu terhad sehinggakan tidak ada kesempatan untuk menulis apa-apa catatan di dalam laman blog ini.

Pada saat ini saya sudah pun berada di kota Jakarta, Indonesia dan rombongan kami dari Brunei menginap di Hotel Borobudur, Jakarta Pusat, di mana Sidang MABBIM dan MASTERA ini dilangsungkan. Kami bertolak dari Bandar Seri Begawan pada hari Ahad (6hb April) lalu dan akan berada di kota Jakarta ini sehingga 12hb April ini setelah sidang selesai.

Sidang kali ini adalah merupakan sidang ke 14 MASTERA dan sidang eksekutif ke 47 MABBIM dan ianya juga diselajurkan dengan acara memperingati ulangtahun ke 35 penubuhan MABBIM. Sidang MASTERA telah dijalankan lebih awal iaitu pada hari Sabtu dan Ahad (5 dan 6 hb April) yang lalu. Ini diikuti pula dengan Seminar Bahasa dan Sastera Mabbim-Mastera selama dua hari (7 - 8 April, 2008) dan sidang eksekutif MABBIM pula akan diungkayahkan selama tiga hari mulai 9 hingga 11 April, 2008.

Majlis  Peresmian Sidang dan Seminar Mabbim-Mastera telah berlangsung pada hari Isnin, 7 April 2008, di Dewan Flores, Hotel Borobudur, Jakarta. Ianya diresmikan oleh Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia, Prof. Dr. Bambang Sudibyo, M.B.A. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Pehin Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam dan YB Timbalan Menteri Pelajaran (mewakili Menteri Pelajaran) Malaysia. Acara kemuncak dalam Majlis Peresmian ini adalah Penganugerahan Kencana Wiratama MABBIM kepada ketiga-tiga Menteri yang hadir dalam majlis tersebut. Ini diikuti pula dengan penyampaian Anugerah Tokoh MABBIM kepada Dr. Dendy Sugono (Indonesia), Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (Malaysia) dan Haji Mohd Zaini Haji Omar (Brunei Darussalam). Beberapa orang pakar dalam bidang-bidang tertentu dari Republik Indonesia, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam juga telah menerima Anugerah Tokoh Ilmuan MABBIM dan Penghargaan MASTERA telah disampaikan kepada tiga orang penggiat sastera masing-masing dari Republik Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam.

Salam hormat


 - Pamit/Puda -