Friday 29 February 2008

Membina kecemerlangan diri (Building self excellence)

Di dalam posting yang lepas, saya ada menyebutkan perihal menghindari budaya 'Bangau Oh Bangau' jika mahu mencapai kemajuan bagi diri kita dan masyarakat Melayu kita keseluruhannya. Kita juga pasti akan maju jika kita mampu mencapai tahap kecemerlangan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Cemerlang, menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, membawa erti baik atau bagus sekali (ttg hasil sesuatu pekerjaan, keputusan ujian dsb). Kecemerlangan bermakna kegemilangan atau kejayaan. Dalam konteks suasana pekerjaan di Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), konsep kecemerlangan biasanya dikaitkan dengan prestasi pekerjaan (performance) dan potensi seseorang pekerja.

Di dalam buku '7 Formula Individu Cemerlang' tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, beliau menggariskan tujuh langkah bagi seseorang individu mencapai kecemerlangan. Ianya dapat disenaraikan seperti berikut:

  • Mengenali Kehebatan dan Potensi Diri
  • Meledakkan Takwa
  • Melonjakkan Ilmu
  • Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
  • Memelihara Amanah
  • Berfikiran Positif
  • Menyantuni Manusia
Insya Allah, di posting yang akan datang, kita akan menggarap aspek-aspek yang disebutkan di atas secara ringkas bagi mendapatkan manfaat daripadanya.

Di dalam ruangan blog kali ini, saya ingin mengajak awda untuk melihat kecemerlangan individu dari perspektif persekitaran pekerjaan di BSP. Menurut sistem nilai BSP, kecemerlangan individu dapat diukur dari dua aspek utama, iaitu (a) Penilaian Gol (matlamat) dan Prestasi pekerjaan (Goals and Performance Appraisal), dan (b) Anggaran Potensi Masakini (Current Estimated Potential).

Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam proses Penilaian Gol dan Prestasi Pekerjaan dan apa pula yang dimaksudkan dengan Anggaran Potensi Masakini? Kita akan kupas topik-topik ini dalam keluaran atau posting laman blog ini yang akan datang.

Diharap awda akan terus berminat untuk membaca.....................


- Pamit/Puda -




   

Going Home

After two weeks' stay in Brisbane, we returned to Brunei on Thursday, 28th February. We departed from Brisbane Airport on the hour and a half past midnight (1.30 am) Royal Brunei Airlines flight and reached Bandar Seri Begawan at 5.57 am early Thurday morning. Hardly any soul at the Brisbane Airport in that wee hours of midnight; konon-kononnya kan menyimbat Australian noughats di Duty Free Shopnya atu.....sorry, kebanyakan airport shops nya ani sudah tutup tangah-tangah malam buta ani. Inda dapat dibandingkan dengan Changi International Airport tentang kecekapan dan perkhidmatan pelanggannya - Changi is truly a 24-hr airport!!
Menjenguk sekejap babu di Perpindahan ( kurang sihat beliau atu - batuk-batuk dan tidak enak tidur) dan singgah jua di Mabohai, jumpa mum-in-law dan, of course, Azzhar............then back to Jerudong. Home, sweet home.

p.s. Nah tertinggal tia Beard Papa cream puffs di dalam peti sejuk di rumah Jobe atu. Pada mulanya berhajat untuk membawakan these sweet puffs untuk Fifah, Adik, Nurul and the rest of the cuzs, tapi sayang tertinggal tia pulang di Austral Street. Balum tah lagi rezeki diorang! Puas si Jobe makan Beard Papa's cream puffs .......sekotak lagi tu!!!


- Bapa/Pamit/Puda -

Wednesday 27 February 2008

Wednesday's Quote


The quote from Bush again............

"The best way to fight evil is to do some good. Let me qualify that - the best way to fight evil at home is to do some good. The best way to fight them abroad is to unleash the military. It is so important for citizens in this country to put a face on America for the world to see, the true face."

George W. Bush, telling us that the true face of America is a double standard, Knoxville, Tennessee, April 8, 2002



- Pamit/Puda -

Tuesday 26 February 2008

Shopping Adventure - part 2


Heard that there is a better Direct Factory Outlet (DFO) store here in Brisbane and so had asked Jobe to find out exactly its location on the Brisbane road map. On Monday morning, Jobe went to his first lecture for the 2008 First Semester; had returned home early since the lecture was cancelled and there were no further scheduled classes for the day.

Instead we decided to drive to the DFO store, which Jobe had found out to be near the Brisbane Airport. Some how the weather in Brisbane had changed again; it is by now getting less hot and and there's plenty of rain. (Nah payah tah Babu kan menjemur barang-barang sasahannya atu!) Immediately after brunch, we jumped into the car and headed in the direction of the Brisbane airport. To locate the DFO site was as easy as A B C. We were there in no time at all.
 
Converse Store became our first hit and admittedly I couldn't help picking one or two items from here. (This reminded me of the guilt-free shopping in Cheshire Oaks when  we visited the UK last September). The design of the DFO store is fairly simple; it is simply a long rectangular warehouse with various designer outlets located next to each other along the perimeter and also along the middle section of the rectangle. Almost all the big designer names are there and the prices are very competitive even compared to the factory outlet in Harbour Town, Gold Coast. Inda hairanlah, babu dan Kaka Zati atu panuh saja tangan diorang dengan plastic bags - apa saja yang diorang angkut ani kan?





We could have easily spent three or four hours at this superstore and I kept reminding them that it's time to go home. (Hujan lagi pandai beranti - inda sangal-sangalnya membali-bali ani kah?). Eh, bergaya tah ku bila memakai kaca mata hitam Oakley ku ani bila balik ke Brunei ni karang!!


- Pamit/Puda -

Shopping Adventure

Hired a car commencing last Saturday (23rd Feb) from Select Shell retail outlet. Got a Toyota Yaris (manual lagi tu.....); kalau si Ahmad Azzhar ikut, memang bibiran ia tu, inda beranti mulutnya berucap "begagarr" bah.


So, on Sunday decided to drive to the Gold Coast. Konon-kononnya wanting to have dinner at my favourite halal Malaysian Chinese seafood restaurant, The Golden Legend. Before that, singgah dulu di Factory Outlet shopping centre at Harbour Town. I didn't get much items there, except that I bought a Tarocash shirt on a 50% discount (banar kah tu?). When we got to the Nike store, we were nearly towards the end of "special discount period" (about to last in seven minutes time). Jobe and Kaka Zat frantically grabbed anything that they could get hold of to qualify for that special discount! Gila eh, within seven minutes they managed to get what they wanted - kalau kediaku payah lagi memilih-milih lagi tu!!

Habis shopping di Harbour Town, berinut-rinut tah mendrive ke Gold Coast (pesan si Dannie, mesti balikan ku T-shirt di Surfers Paradise). Matahari pun sudah condong ke barat dan parut pun sudah mengeriuk bunyinya. Jobe pun udah merasa paning-paning lalat - inda ia lagi tahan duduk batah-batah di kereta, katanya. Sampai sahaja di Surfers Paradise, Gold Coast, dengan inda membuang masa terus meluru ke Golden Legend. WHAT A GREAT DISAPPOINTMENT!! Pintunya bertutup rapat dan ada notis ditampalkan di pintu menyatakan restoran ditutup sementara buat beberapa hari sejak hari Jumaat, 15hb Feb sehingga hari Khamis, 28hb Feb ini. Pun..pun..sia-sia pun.....dengan lemah longlai berpatah arah menuju ke kedai makan Maharani (juga kedai makan Halal kepunyaan pengusaha dari Malaysia), tetapi menunya agak terhad kepada masakan biasa-biasa stail masakan Malaysia lah. Tidaklah setanding dengan apa yang dihidangkan di Golden Legend!!

Selepas makan, jalan-jalan sebentar di kawasan shopping street mall di Surfers Paradise dan fnally drove home back to Brisbane at around 9.00 in the evening.


- Pamit/Puda -

Today's Quote


Another quote from, who else, President George W. Bush:

"If you've retired (macam kediaku ani lah...), you don't have anything to worry about. The third time I've said that. I'll probably say it three more times, see, in my line of work you gotta keep repeating things over and over and over again for the truth to sink in, to kinda catapult the propaganda."

George W. Bush, Greece, New York, May 24, 2005

Monday 25 February 2008

Budaya "Bangau Oh Bangau"


Sejak kecil saya meminati lagu kanak-kanak yang saya pelajari dari sekolah, teman-teman dan daripada bahan-bahan bacaan. Ini termasuklah lagu kanak-kanak tradisi orang Melayu kita, mahu pun  "nursery rhymes" dan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Lagu kanak-kanak yang paling saya gemari (mungkin hingga masa kini) ialah lagu "Bangau Oh Bangau".

Masih ingatkah irama dan lirik lagu ini? Jika ada yang terlupa, saya perturunkan sebahagian daripada lirik lagu tersebut seperti berikut:-


Bangau, oh bangau,

Kenapa engkau kurus,

Macam mana aku tak kurus,

Ikan tak mahu timbul.


Ikan, oh ikan,

Kenapa kau tak timbul,

Macam mana aku tak timbul,

Rumput panjang sangat.


Rumput, oh rumput,

Kenapa panjang sangat,

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku.


Kerbau, oh kerbau,

Kenapa tak makan rumput,

Macam mana aku nak makan,

Perut aku sakit.


Perut, oh perut,

Kenapa engkau sakit,

Macam mana aku tak sakit,

Makan nasi mentah.


Jika kita amat-amati lirik lagu di atas, keseluruhan lagu tersebut membawa mesej yang menggambarkan sikap dan mentaliti orang-orang Melayu kita yang mungkin menarik perhatian untuk dibahaskan. Di kalangan masyarakat Melayu kita, terdapat sikap sering menuduh orang lain sebagai punca kepada sesuatu kesalahan yang kita lakukan atau sesuatu kejadian yang tidak menyenangkan berlaku kepada diri kita. Tabiat suka menuding jari ke muka orang lain apabila melakukan kesalahan atau tertimpa kejadian yang tidak diingini adalah merupakan jalan keluar yang kononnya paling mudah bagi kita untuk melepaskan diri daripada menerima tanggung jawab terhadap perbuatan kita atau kesalahan yang kita lakukan. Budaya ini lebih dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai "blame culture" atau "budaya menyalahkan orang lain".

Sikap negatif ini perlu kita hindarkan jika kita mahu memperbaiki dan mempertingkatkan kemajuan diri kita. Kita perlu mengalihkan perhatian kita kepada membuat analisis diri atau "self analysis" daripada terus memfokuskan perhatian kita kepada kesalahan orang lain. Setelah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri kita sendiri, maka setentunya kita dapat membuat tindakan untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan kita supaya kita akan lebih maju dan berjaya di masa akan datang. Kan ini lebih bermanfaat daripada terus mengaibkan karakter dan personaliti orang lain. Janganlah kita terus khayal dibuaikan dengan dendangan budaya "Bangau Oh Bangau" itu tadi...............


- Pamit/Puda -

Sunday 24 February 2008

Quote of the day




Another quote for you today from President George W. Bush:
"The thing that's important for me is to remember what's the most important thing."

George W. Bush, Moline Elementary School, St. Louis, Missouri, February 20, 2001.






- Pamit/Puda -

Syarahan MABBIM 2008

Saya sudah berkecimpung dalam bidang kebahasaan sejak berdekad lamanya. Saya menganggotai Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD) sejak pertengahan 1980an lagi dan pernah mewakili negara Brunei Darussalam dalam sidang-sidang MABBIM (iaitu singkatan kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia - sebuah Majlis atau Jawatankuasa serantau atau 'regional' yang dianggotai oleh ketiga-tiga negara iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia dan bertanggungjawab terhadap soal-soal kebahasaan dan kesusasteraan Melayu/Indonesia) yang diadakan sama ada di Negara Brunei Darussalam, Indonesia atau pun Malaysia.

Pada tahun ini, 2008, saya diberi penghormatan untuk menyampaikan syarahan MABBIM di ketiga-tiga negara anggota MABBIM. Syarahan tersebut telah disampaikan pada:
  • 19hb Januari, 2008 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
  • 22hb Januari, 2008 bertempat di Universitas Ageng Tirtayasa, Serang, Banten, Republik Indonesia, dan
  • 24hb Januari, 2008 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tajuk syarahan yang saya sampaikan ialah "Bahasa Melayu Pengukuh Jati Diri Bangsa - Dari Perspektif Dunia Korporat". Abstrak syarahan tersebut adalah seperti berikut:-

"Para sarjana linguistik sering menekankan peranan bahasa sebagai alat penyerlah akal budi penuturnya. Manusia berfikir dengan bantuan konsep-konsep atau kosa kata yang wujud dalam bahasa yang dikuasainya dan dengan yang demikian, bahasa berperanan sebagai wahana penyerlah akal budi penuturnya. Hanya dengan bantuan bahasa, manusia mampu menanggapi dan mengungkapkan pengalaman yang telah atau bakal ditempuhi dalam kehidupan sehari-hari.   Bahasa dan hakikat kehidupan para penuturnya merupakan dua aspek yang ditanggapi oleh para sarjana sebagai amat erat hubunganya. Pandangan-pandangan yang dikemukakan jelas membayangkan bahawa bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai wahana komunikasi. Unsur yang terkandung dalam sesuatu bahasa dan cara unsur bahasa ini digunakan juga  menggambarkan corak kehidupan lahiriah dan ‘pandangan atau  penglihatan terhadap dunia’ (weltanschauung) para penggunanya. Dengan demikian dapatlah kita mengandaikan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai wahana komunikasi masyarakat Melayu tetapi juga berfungsi sebagai penggambar corak kehidupan lahiriah dan weltanschauung masyarakat Melayu.

Dari perspektif budaya pula, bahasa sering digambarkan sebagai akar budaya sesuatu bangsa.  Pengamal budaya ialah manusia. Manusia yang berbudaya ialah manusia yang mempunyai bahasa. Bahasa  yang digunakan oleh penuturnya dan pemakainya merupakan ekspresi budaya, sehingga dengan yang demikian, pengucapan mahupun pemakaiannya mencerminkan jati diri bangsa serta individu pemakainya.

Tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu memang sudah sejak kewujudannya lagi merupakan milik bangsa Melayu dan ianya merupakan sebahagian daripada bahasa-bahasa utama di dunia. Dalam mendepani arus pembangunan dan rempuhan gelombang globalisasi masa kini,  kekukuhan bahasa Melayu  tampak seperti  tercabar, lebih-lebih lagi dengan pendominasian bahasa Inggeris dalam komunikasi dan informasi global. Jaminan untuk menjadikan bahasa Melayu itu kukuh dan tetap utuh bertahan seperti hari ini terletak di tangan pemiliknya, iaitu bangsa Melayu itu sendiri. Apa yang penting adalah untuk menghimbau kesedaran dan tindakan mereka untuk menjamin bahasa Melayu tidak dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan.

Keperluan terhadap peneguhan sikap bangsa Melayu terhadap bahasa Melayu sebagai warisan budaya bangsa yang paling berharga menjadi lebih penting dan mendesak dalam konteks globalisasi kerana jika tidak, kita mungkin akan kehilangan jati diri dan nilai setempat.

Sebagai seorang warga korporat yang berbangsa Melayu, saya melihat peranan bahasa Melayu itu sama pentingnya dalam semua urusan baik di sektor awam mahu pun di sektor swasta. Lebih-lebih lagi apabila badan korporat itu didaftarkan sebagai badan korporat tempatan dan ianya beroperasi dalam persekitaran yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara serta meletakkan Melayu sebagai salah satu inti pati falsafah negara iaitu konsep Melayu Islam Beraja. Konsep memiliki kebenaran untuk beroperasi (“licence to operate”) banyak bersandar kepada kepekaan badan korporat terhadap persekitaran di mana ia beroperasi. Ini termasuklah menangani isu-isu budaya dan bahasa yang ditimbulkan oleh persekitaran tersebut selain daripada isu-isu urusniaga yang lain yang secara langsung mengandungi nilai ekonomi terhadap badan korporat tersebut.  

Konsep menangani tanggung jawab sosial korporat (corporate social responsibility) sebagai komponen penting dalam proses urusniaganya dilihat sangat relevan untuk mempromosikan badan korporat itu  sebagai warga korporat yang bertanggungjawab (responsible corporate citizen). Pelaksanaan tanggung jawab sosial ini dimanifestasikan dalam  penglibatan badan ini dalam kegiatan-kegiatan yang berbentuk pelaburan sosial,  termasuklah kegiatan-kegiatan  mempromosikan budaya dan bahasa Melayu. Sebagai contoh, lihat kegiatan  yang diungkayahkan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd. (BSP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.

Cabaran-cabaran bagi mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu di dalam sektor swasta dan badan korporat akan diperincikan lagi dalam syarahan ini dan beberapa saranan diajukan agar kedudukan bahasa Melayu nanti tetap utuh dan mantap di tengah-tengah badai globalisasi yang semakin deras melanda dan dengan yang demikian mengukuhkan lagi jati diri bangsa." 


- Pamit/Puda -


Sessi Akademi Baru - 2008



Malam tadi saya tidak begitu nyenyak tidur. Udara di Brisbane kini sudah mula membahang panasnya dan rumah Jobe di Austral Street ini tidak mempunyai alat pendingin hawa. Bayangkanlah, panas terik akibat sinaran matahari di waktu siang yang memanjang di musim panas (summer) ini menjadikan udara kering bergolak naik dan bahang kepanasannya terasa benar menyelubungi kita. Kalau di Brunei, kita begitu terbiasa dengan alat pendingin hawa - begitu enak dan nyaman rasanya berada di bilik yang berhawa dingin. Begitu juga, enak dan nyaman rasanya bersiar-siar dalam kenderaan yang berhawa dingin. Di pusat-pusat membeli belah, kita juga merasa enak dan nyaman dalam keadaan berhawa dingin. Kita seolah-olah tidak  sedar akan cuaca panas terik di sekeliling kita kerana minda kita sudah tertawan dengan keenakan dan kenyamanan yang di bawa oleh alat pendingin hawa.

Minggu ini adalah minggu terakhir musim percutian bagi sessi akademi tahun 2007 di Universiti Queensland.  Pada hari Isnin mendatang, 25hb Februari, bermulalah sessi akademi semester pertama tahun 2008. Keputusan peperiksaan pengajian semester Musim Panas (Summer) 2007 sudah pun diumumkan dua hari lepas. Ucapan tahniah kepada Jobe atas pencapaiannya meraih kepujian (distinction) dalam kedua dua mata pelajaran yang diambilnya semasa semester akademi musim panas (summer) yang lalu. Semoga ianya akan mendorong beliau agar meningkatkan usaha dan lebih tekun lagi menghadapi pengajian di tahun terakhir sepanjang tahun 2008 ini. 

SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN MUSIM AKADEMI 2008 DAN DIIRINGI DOA SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG MENAMATKAN PENGAJIAN DI TAHUN TERAKHIR INI....AMIN


- Bapa/Pamit/Puda -

Saturday 23 February 2008

Kenangan manis Hari Kebangsaan





Hari ini kita meraikan sekali lagi Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 24. Sayang sekali, saya tidak berkesempatan tahun ini untuk sama-sama turun padang mengetuai pasukan dalam perbarisan lalu sebagai salah satu acara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan. Kebiasaannya pada setiap tahun, pada tanggal 23hb Februari, saya akan berada di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien bersama-sama dengan ribuan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam dalam sama-sama memeriahkan hari yang bersejarah ini. Saya selalunya akan mengepalai Pasukan Gabungan Syarikat-Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei LNG Sdn Bhd, dan Brunei Shell Tankers Sdn Bhd, yang mana setiap tahun akan tetap mempersembahkan perbarisan yang segak dan tampan, lebih-lebih lagi apabila  membuat lintas lalu di hadapan Pentas Di Raja untuk menerima kurnia tabik hormat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Demikian, setiap tahun detik bersejarah ini akan tetap dinantikan dan saya akan tetap berada di hadapan pasukan perbarisan untuk menumpahkan rasa kecintaan terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara tercinta. 
Sekarang, hampir setahun saya sudah bersara dari perkhidmatan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) dan buat kali pertamanya tahun ini saya hanya mampu melihat dari kaca TV suasana perbarisan Hari Kebangsaan yang gilang gemilang itu. Walaubagaimana pun, kenangan semasa ikut serta dalam tahun-tahun sebelumnya masih berbaur-baur dalam ingatan dan ianya tetap segar dalam kenangan dan masih mampu menimbulkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar!!  


-  Pamit/Puda  -

'Posting' yang pertama - Salam Sejahtera

Inilah posting yang pertama saya ungkayahkan. Saya beranikan diri untuk memulakan menulis di laman blog ini kerana saya tidak mahu lagi menumpang di laman blog orang lain. Kesempatan ini saya akan cuba gunakan bagi menukilkan catatan harian mengenai apa yang berlaku di sekeliling kehidupan saya  dan membuat pengamatan yang kritis terhadap perihal kehidupan dan pengalaman sepanjang hayat saya. Saya ingin berkongsi pendapat dan idea mengenai apa jua isu dan fenomena peristiwa yang kita lalui seharian dan dengan demikian semoga kita memperolehi pengajaran dan iktibar daripadanya. Jika Awda mempunyai komen atau saranan buat memperbaiki lagi kandungan dan stail laman blog ini, awda dengan hormat dipersilakan mengisikan ruang komen yang disediakan. Selamat membaca dan semoga ia membantu dalam proses percambahan fikiran kita......

Di kesempatan hari yang bersejarah bagi negara kita Brunei Darussalam hari ini, 23hb Februari, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan Ke-24 bagi Negara Brunei Darussalam; semoga kita seluruh warga negara ini sentiasa mendapat perlindungan dan dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala jua, dan akan sentiasa terus menikmati kemakmuran dan keamanan.  


-  Pamit/Puda  -