Saturday, 23 February 2008

'Posting' yang pertama - Salam Sejahtera

Inilah posting yang pertama saya ungkayahkan. Saya beranikan diri untuk memulakan menulis di laman blog ini kerana saya tidak mahu lagi menumpang di laman blog orang lain. Kesempatan ini saya akan cuba gunakan bagi menukilkan catatan harian mengenai apa yang berlaku di sekeliling kehidupan saya  dan membuat pengamatan yang kritis terhadap perihal kehidupan dan pengalaman sepanjang hayat saya. Saya ingin berkongsi pendapat dan idea mengenai apa jua isu dan fenomena peristiwa yang kita lalui seharian dan dengan demikian semoga kita memperolehi pengajaran dan iktibar daripadanya. Jika Awda mempunyai komen atau saranan buat memperbaiki lagi kandungan dan stail laman blog ini, awda dengan hormat dipersilakan mengisikan ruang komen yang disediakan. Selamat membaca dan semoga ia membantu dalam proses percambahan fikiran kita......

Di kesempatan hari yang bersejarah bagi negara kita Brunei Darussalam hari ini, 23hb Februari, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan Ke-24 bagi Negara Brunei Darussalam; semoga kita seluruh warga negara ini sentiasa mendapat perlindungan dan dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala jua, dan akan sentiasa terus menikmati kemakmuran dan keamanan.  


-  Pamit/Puda  -

No comments: