Friday, 29 February 2008

Membina kecemerlangan diri (Building self excellence)

Di dalam posting yang lepas, saya ada menyebutkan perihal menghindari budaya 'Bangau Oh Bangau' jika mahu mencapai kemajuan bagi diri kita dan masyarakat Melayu kita keseluruhannya. Kita juga pasti akan maju jika kita mampu mencapai tahap kecemerlangan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Cemerlang, menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, membawa erti baik atau bagus sekali (ttg hasil sesuatu pekerjaan, keputusan ujian dsb). Kecemerlangan bermakna kegemilangan atau kejayaan. Dalam konteks suasana pekerjaan di Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), konsep kecemerlangan biasanya dikaitkan dengan prestasi pekerjaan (performance) dan potensi seseorang pekerja.

Di dalam buku '7 Formula Individu Cemerlang' tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, beliau menggariskan tujuh langkah bagi seseorang individu mencapai kecemerlangan. Ianya dapat disenaraikan seperti berikut:

  • Mengenali Kehebatan dan Potensi Diri
  • Meledakkan Takwa
  • Melonjakkan Ilmu
  • Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
  • Memelihara Amanah
  • Berfikiran Positif
  • Menyantuni Manusia
Insya Allah, di posting yang akan datang, kita akan menggarap aspek-aspek yang disebutkan di atas secara ringkas bagi mendapatkan manfaat daripadanya.

Di dalam ruangan blog kali ini, saya ingin mengajak awda untuk melihat kecemerlangan individu dari perspektif persekitaran pekerjaan di BSP. Menurut sistem nilai BSP, kecemerlangan individu dapat diukur dari dua aspek utama, iaitu (a) Penilaian Gol (matlamat) dan Prestasi pekerjaan (Goals and Performance Appraisal), dan (b) Anggaran Potensi Masakini (Current Estimated Potential).

Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam proses Penilaian Gol dan Prestasi Pekerjaan dan apa pula yang dimaksudkan dengan Anggaran Potensi Masakini? Kita akan kupas topik-topik ini dalam keluaran atau posting laman blog ini yang akan datang.

Diharap awda akan terus berminat untuk membaca.....................


- Pamit/Puda -




   

No comments: