Habis shopping di Harbour Town, berinut-rinut tah mendrive ke Gold Coast (pesan si Dannie, mesti balikan ku T-shirt di Surfers Paradise). Matahari pun sudah condong ke barat dan parut pun sudah mengeriuk bunyinya. Jobe pun udah merasa paning-paning lalat - inda ia lagi tahan duduk batah-batah di kereta, katanya. Sampai sahaja di Surfers Paradise, Gold Coast, dengan inda membuang masa terus meluru ke Golden Legend. WHAT A GREAT DISAPPOINTMENT!! Pintunya bertutup rapat dan ada notis ditampalkan di pintu menyatakan restoran ditutup sementara buat beberapa hari sejak hari Jumaat, 15hb Feb sehingga hari Khamis, 28hb Feb ini. Pun..pun..sia-sia pun.....dengan lemah longlai berpatah arah menuju ke kedai makan Maharani (juga kedai makan Halal kepunyaan pengusaha dari Malaysia), tetapi menunya agak terhad kepada masakan biasa-biasa stail masakan Malaysia lah. Tidaklah setanding dengan apa yang dihidangkan di Golden Legend!!
Selepas makan, jalan-jalan sebentar di kawasan shopping street mall di Surfers Paradise dan fnally drove home back to Brisbane at around 9.00 in the evening.
- Pamit/Puda -
No comments:
Post a Comment