- Mengenali Kehebatan dan Potensi Diri
- Meledakkan Takwa
- Melonjakkan Ilmu
- Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
- Memelihara Amanah
- Berfikiran Positif
- Menyantuni Manusia
Friday, 29 February 2008
Membina kecemerlangan diri (Building self excellence)
Going Home
Wednesday, 27 February 2008
Wednesday's Quote
The quote from Bush again............
Tuesday, 26 February 2008
Shopping Adventure - part 2
Shopping Adventure
Today's Quote
Monday, 25 February 2008
Budaya "Bangau Oh Bangau"
Sejak kecil saya meminati lagu kanak-kanak yang saya pelajari dari sekolah, teman-teman dan daripada bahan-bahan bacaan. Ini termasuklah lagu kanak-kanak tradisi orang Melayu kita, mahu pun "nursery rhymes" dan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Lagu kanak-kanak yang paling saya gemari (mungkin hingga masa kini) ialah lagu "Bangau Oh Bangau".
Bangau, oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.
Ikan, oh ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macam mana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat.
Rumput, oh rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku.
Kerbau, oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.
Perut, oh perut,
Kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah.
Sunday, 24 February 2008
Quote of the day
Syarahan MABBIM 2008
- 19hb Januari, 2008 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
- 22hb Januari, 2008 bertempat di Universitas Ageng Tirtayasa, Serang, Banten, Republik Indonesia, dan
- 24hb Januari, 2008 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia
Dari perspektif budaya pula, bahasa sering digambarkan sebagai akar budaya sesuatu bangsa. Pengamal budaya ialah manusia. Manusia yang berbudaya ialah manusia yang mempunyai bahasa. Bahasa yang digunakan oleh penuturnya dan pemakainya merupakan ekspresi budaya, sehingga dengan yang demikian, pengucapan mahupun pemakaiannya mencerminkan jati diri bangsa serta individu pemakainya.
Tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu memang sudah sejak kewujudannya lagi merupakan milik bangsa Melayu dan ianya merupakan sebahagian daripada bahasa-bahasa utama di dunia. Dalam mendepani arus pembangunan dan rempuhan gelombang globalisasi masa kini, kekukuhan bahasa Melayu tampak seperti tercabar, lebih-lebih lagi dengan pendominasian bahasa Inggeris dalam komunikasi dan informasi global. Jaminan untuk menjadikan bahasa Melayu itu kukuh dan tetap utuh bertahan seperti hari ini terletak di tangan pemiliknya, iaitu bangsa Melayu itu sendiri. Apa yang penting adalah untuk menghimbau kesedaran dan tindakan mereka untuk menjamin bahasa Melayu tidak dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan.
Keperluan terhadap peneguhan sikap bangsa Melayu terhadap bahasa Melayu sebagai warisan budaya bangsa yang paling berharga menjadi lebih penting dan mendesak dalam konteks globalisasi kerana jika tidak, kita mungkin akan kehilangan jati diri dan nilai setempat.
Sebagai seorang warga korporat yang berbangsa Melayu, saya melihat peranan bahasa Melayu itu sama pentingnya dalam semua urusan baik di sektor awam mahu pun di sektor swasta. Lebih-lebih lagi apabila badan korporat itu didaftarkan sebagai badan korporat tempatan dan ianya beroperasi dalam persekitaran yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara serta meletakkan Melayu sebagai salah satu inti pati falsafah negara iaitu konsep Melayu Islam Beraja. Konsep memiliki kebenaran untuk beroperasi (“licence to operate”) banyak bersandar kepada kepekaan badan korporat terhadap persekitaran di mana ia beroperasi. Ini termasuklah menangani isu-isu budaya dan bahasa yang ditimbulkan oleh persekitaran tersebut selain daripada isu-isu urusniaga yang lain yang secara langsung mengandungi nilai ekonomi terhadap badan korporat tersebut.
Konsep menangani tanggung jawab sosial korporat (corporate social responsibility) sebagai komponen penting dalam proses urusniaganya dilihat sangat relevan untuk mempromosikan badan korporat itu sebagai warga korporat yang bertanggungjawab (responsible corporate citizen). Pelaksanaan tanggung jawab sosial ini dimanifestasikan dalam penglibatan badan ini dalam kegiatan-kegiatan yang berbentuk pelaburan sosial, termasuklah kegiatan-kegiatan mempromosikan budaya dan bahasa Melayu. Sebagai contoh, lihat kegiatan yang diungkayahkan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd. (BSP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.
Cabaran-cabaran bagi mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu di dalam sektor swasta dan badan korporat akan diperincikan lagi dalam syarahan ini dan beberapa saranan diajukan agar kedudukan bahasa Melayu nanti tetap utuh dan mantap di tengah-tengah badai globalisasi yang semakin deras melanda dan dengan yang demikian mengukuhkan lagi jati diri bangsa."
- Pamit/Puda -
Sessi Akademi Baru - 2008
Malam tadi saya tidak begitu nyenyak tidur. Udara di Brisbane kini sudah mula membahang panasnya dan rumah Jobe di Austral Street ini tidak mempunyai alat pendingin hawa. Bayangkanlah, panas terik akibat sinaran matahari di waktu siang yang memanjang di musim panas (summer) ini menjadikan udara kering bergolak naik dan bahang kepanasannya terasa benar menyelubungi kita. Kalau di Brunei, kita begitu terbiasa dengan alat pendingin hawa - begitu enak dan nyaman rasanya berada di bilik yang berhawa dingin. Begitu juga, enak dan nyaman rasanya bersiar-siar dalam kenderaan yang berhawa dingin. Di pusat-pusat membeli belah, kita juga merasa enak dan nyaman dalam keadaan berhawa dingin. Kita seolah-olah tidak sedar akan cuaca panas terik di sekeliling kita kerana minda kita sudah tertawan dengan keenakan dan kenyamanan yang di bawa oleh alat pendingin hawa.
Saturday, 23 February 2008
Kenangan manis Hari Kebangsaan
Hari ini kita meraikan sekali lagi Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 24. Sayang sekali, saya tidak berkesempatan tahun ini untuk sama-sama turun padang mengetuai pasukan dalam perbarisan lalu sebagai salah satu acara Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan. Kebiasaannya pada setiap tahun, pada tanggal 23hb Februari, saya akan berada di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien bersama-sama dengan ribuan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam dalam sama-sama memeriahkan hari yang bersejarah ini. Saya selalunya akan mengepalai Pasukan Gabungan Syarikat-Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei LNG Sdn Bhd, dan Brunei Shell Tankers Sdn Bhd, yang mana setiap tahun akan tetap mempersembahkan perbarisan yang segak dan tampan, lebih-lebih lagi apabila membuat lintas lalu di hadapan Pentas Di Raja untuk menerima kurnia tabik hormat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Demikian, setiap tahun detik bersejarah ini akan tetap dinantikan dan saya akan tetap berada di hadapan pasukan perbarisan untuk menumpahkan rasa kecintaan terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara tercinta.