Daya fikir Operasional memperlihatkan ciri-ciri berikut:
- Bertindak menurut apa yang dilihat, didengar dan dirasa
- Melihat fakta-fakta yang mudah (simple) dan nyata
- Bertindak kebiasaannya menurut arahan
- Kurang membuat inisiatif sendiri
- Reaktif dan melihat dari kacamata jangka pendek
Ciri-ciri daya fikir Taktikal pula adalah seperti berikut:
- Berupaya membuat analisis terhadap maklumat yang diperolehi
- Melihat sesuatu daripada sudut pros dan cons
- Menguatkan hujjah dengan fakta yang logik
- Berfikir secara kritis
Dan, daya fikir Strategik akan memperlihatkan ciri-ciri berikut:
- Kebolehan membuat keputusan yang kritikal dan menghasilkan penyelesaian yang praktis berdasarkan kepada analisis yang teliti ke atas maklumat yang diperolehi
- Memfokus kepada isu-isu penting walaupun terdapat banyak faktor yang kompleks dan taksa (ambiguous)
- Mencari maklumat yang relevan, mencabar pendekatan yang wujud masa kini, mencipta penyelesaian yang mengambil kira keperluan jangka pendek dan implikasi jangka panjang
- Mengambil iktibar dan pengajaran daripada orang lain
- Pamit/Puda -
No comments:
Post a Comment